Project

Seniman Kecil

Creative Platform for Children

Seniman Kecil

Seniman Kecil merupakan sebuah platform kreatif yang menyediakan ruang kepada kanak-kanak untuk meneroka imaginasi, mengekspresikan diri dan berkongsi karya ciptaan mereka.

Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi kreatif yang wajar diberi ruang dan peluang untuk berkembang.

01
Visi

Melahirkan individu yang kreatif, berdaya cipta serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

02
Misi

Menyediakan platform dan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka kreativiti, menghasilkan pelbagai ciptaan serta mengembangkan potensi diri melalui pengalaman kreatif.

Seniman Kecil mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama daripada individu, sukarelawan, pendidik, penggiat seni, institusi pendidikan, organisasi, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan dari seluruh dunia.

Bersama-sama, kita membina komuniti kreatif yang menjadi sumber inspirasi dalam membentuk generasi masa hadapan.

Learn More
← Back to Projects